Juara Carta Mingguan Muzik Muzik 27

Muzik Muzik memasuki musim ke 27 pada 4 Februari 2012 dan carta mingguannya hanya bermula pada 10 Mac 2012. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang pernah menjuarai carta mingguan berdasarkan undian pembaca menerusi borang dipaparkan laman web rasmi Muzik Muzik. Program ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad . Ini merupakan musim terakhir buat Cheryl setelah mengacarakan program ini sejak 2004, dan juga terakhir buat Faizal yang mengacarakan program ini sejak 2007.